Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan
13 Jun 2026 | Aktiviti Terkini13 Jun 2026 – NADI Linggi telah menyertai Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan yang dilaksanakan serentak di seluruh NADI Negeri Sembilan. Seramai 6 peserta telah menghadiri sesi program yang berlangsung di NADI Linggi.
Program ini dapat meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam penggunaan AI. Peserta didedahkan kepada aplikasi AI seperti ChatGPT dan platform AI lain yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan.
Sesi latihan telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Maxis eKelas yang berkongsi pengetahuan serta panduan praktikal mengenai penggunaan AI secara beretika dan berkesan dalam kehidupan seharian.
Majlis Perasmian Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada jam 11.00 pagi di NADI Seri Menanti dan disiarkan secara langsung ke seluruh NADI di Negeri Sembilan.
Pihak NADI Linggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini.
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta membantu meningkatkan literasi digital dan penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: